Tuesday, August 23, 2011

HIJRAH?? Istiqamahkan diri ini ya Allah...

Assalamualaikum w.b.t......
Sudah lama tidak menulis sesuatu di blog ini..bukanla rajin menulis sangat pun..=)...Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita..Allah, terasa sayu di hati...entah dapat bersua lagi dengan Ramadhan yang akan datang pun kita tak pasti, kan? semuanya Allah yang tentukan...xpe, banyakkan doa moga Allah bagi kita peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang...ameen...
Macam mana puasa tahun ni? adakah sama seperti tahun- tahun yang lepas? atau semakin baik? sungguh bulan ramadhan merupakan madrasah yang paling sempurna untuk kita melakukan amal ibadah..bukan nak cakap yang bulan ramdhan je jadi baik, tapi apa yang nak maksudkan di sini ialah bulan ramadhan adalah bulan yang terbaik untuk kita sama- sama menginsafi diri, kembali kepada fitrah dan dalam erti kata lain 'berHIJRAH"...keistimewaan bulan Ramadhan ni terlalu banyak, mungkin ramai yang dah tahu...=)
kenapa saya kata bulan Ramdhan ni adalah bulan yang terbaik untuk kita berhijrah untuk lebih baik? mcm ni,nak buat baik bukan sahaja pada bulan ramdhan, tapi buat baiklah la sentiasa tetapi apa yang istimewanya bulan ramadhan ni kerana musuh kita yang utama iaitu syaitan tak ada..tak ada tu maksudnye kene ikat la..so,memang dah xdak syaitan ni hasut kita ka, nak ajak kita buat jahat ka..or apa2 jela yang negatif..haa..jadi, mudahkan kita nak buat ibadah?mudahkan nak buat baik?ehh, xmudah jugak..huhu..sebab apa,memang syaitan tak ade, tapi kawan baik syaitan tu ada..tu tu...nama nye NAFSU...nafsu ni kan, memang ta suka kalau kita nak buat baik..xsuke la..memang dia anti sangat...sebab tu la kita kene kuat semangat, kene dekatkan diri dengan Allah, kene betol2 lawan nafsu tu...bayangkan, kalau bulan puasa pun kita kalah dengan nafsu, mcm mana agaknya ye bulan lain? dengan adanye syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia?
hmmm.jom kita sama2 muhasabah diri kita, untuk menjadi yang lebih baik...gunakan peluang yang ade, dengan Ramadhan yang hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi ni untuk sama- sama tingkatkan amal ibadah...doa jugak pada Allah, moga ibadah yang kita lakukan tu, niat hanya kerana Allah taala, bukan sebab nak menunjuk2 atau sebaliknya..banyakkan doa supaya Allah beri kita kekuatan untuk terus mengaharungi cabaran dan dugaan dalam ranjau kehidupan kita yang sementara di dunia ini...
saya bukanlah org yang layak untuk bercakap bab- bab agama...namun begitu, hanya bercakap melalui pengalaman...ya, pernah jugak tertipu dengan dunia..pernah juga terjerumus dalam tipu daya dunia...tapi ta salahkan untuk menjadi insan yang lebih baik..mungkin ada mulut- mulut yang akan berkata bahawa " eh, dia ni dulu bukan macam ni ke, bukan macam tu ke??" ya, memang dulu saya seperti mana yang anda perkatakan..tapi hidup kita ni umpama roda,kekadang di atas dan juga kekadang di bawah..kan?? jadi, biarlah apa pandangan org, apa org nak cakap, hanya diri sendiri dan Allah yang tahu keadaan diri kita..kan? xapa, sentiasa bersangka baik pada org,insyaAllah hidup kita akan lebih tenang....kadang- kadang wujud juga perasaan sedih apabila org yang kita sangkakan baik, melalui perwatakan,pemakaian dan serba serbi la baik, tapi apabila org nak berubah, or dah berubah tapi "mereka- mereka itu" memandang sinis, berkata- kata di belakang..."ah, dia ni dulu bukan baik pun, mesti ape2 ni tibe2 jadi baik"..hmmm,sepatotnya awak2 yang baik2 tu, bantu la org yang nak berubah tu, bukannya nak men'downkan' semangat org tu....sebab tu la org ramai takot na berubah, sebab ape? sebab takot pada pandangan org sekeliling...=( xpelah, moga Allah buka hati2 mereka untuk sentiasa berfikir perkara- perkara yang positif saja...ingat,kita manusia Allah cipta dengan sifat yang sentiasa lupa,leka..jadi sama- sama lah kita bantu- membantu, ingat mengingati antara satu sama lain...saya pernah terbaca dalam "i luv islam" ( suke sangat baca nota- nota ilmiah dalam website tu..=) )...."sekiranya kita nak berubah ke arah kebaikan, insyaAllah Allah akan hantarkan pada kita org2 yang baik utk bantu kita, yang penting berdoa dan yakinlah pada Allah!..=)
ya malu...memang malu kerana pernah lalai..pernah leka...malu sangat bila teringat Allah sentiasa ingat pada kita, tapi kita sentiasa terlupa, alpa,lalai dengan keseronokan duniawi...=( Alhamdulillah, Allah sedarkan diri ini dengan peristiwa- peristiwa yang membuatkan diri ini jatuh tersungkur...tercari- cari di mana salah dan silapnya..ya, Allah masih sayangkan diri ini...
sungguh, nak berubah bukanlah sesuatu yang mudah...sangat payah! cuba anda bayangkan perkara- perkara yang anda biasa lakukan, da menjadi rutin harian tapi nak dibuang dan ditinggalkan...memang susah kan? itu pendapatan peribadi saya,walaupun luaran nya org nampak mcm biasa, tapi hati ni sedih siapa yang tahu kan.....bagi saya pada mulanya memang sukar...air mata tak payah la bgtaw,sentiasa jadi peneman diri ini...sampai satu masa, saya tersedar..siapalah kita nak menghalang, nak membantah apa yang Allah telah tetapkan...siapa kita? kita ni pun Allah yang cipta,semua yang ada di alam ini pun Allah yang cipta, pandai2 pulak kita nak lawan takdir Allah...Allah,kerdilnya diri kita ini...sungguh, cinta Allah adalah seagung- agung cinta...cinta sejati yang sukar nak dicari ganti.saya ada terbaca di dalam website " I luv Islam " lagi..."kejarlah cinta Allah, jaga hubungan kecintaan kita dengan Allah, insyaAllah cinta manusia akan hadir dengan sendiri.."...ya, bende tu saya pegang sekarang..sesungguhnya nak dapatkan yang terbaik bukanlah sesuatu yang mudah....tapi apa yang kita perlu buat? bukan sibuk mengejar yang terbaik..cuba cermin diri kita..terbaikkah kita? sudah elokkah agama, peribadi kita? kalau belum, apa kata baiki diri sendiri dulu..baikkan diri sendiri dahulu sebelum sibuk untuk mengejar yang terbaik...
tapi hakikatnya, naluri manusia sentiasa ada untuk berkasih sayang...kuatkan hati, tekadkan hati kerana Allah, insyaAllah Allah akan bantu
akhirul kalam...
"Ya Allah... tutupkanlah hatiku pada semua lelaki ajnabi, kecuali lelaki yang bakal menjadi suamiku/pelengkap hatiku... tutupkanlah hatiku kepada yang tidak berhak. ku pasti dengan janjiMu... ku pasti dengan ketentuanMu... ku pasti akan kasih sayangMu... ku tahu, apabila masa dan saat yang tepat tiba, Engkau pasti akan mempertemukan aku dengan si dia... pertemukanlah kami dalam keadaan mulia, halal dan penuh rahmatMu".. ameen ya rabbal 'alamin..

Jumpe lagi di hari lain, insyaAllah..istiqamahkan diri ini ya Allah...ameen
Assalamualaikum~

2 comments:

  1. we stay in the same neighborhood...


    http://csuciani.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah3..Allahuakhbar!~
    semoga Allah tetapkan hati3 kita di jln Nya
    semoga terbaik utk Islam =)

    ReplyDelete